02 November 2017

Bagaimana Cara Pulangkan Kereta Sewa Sabah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Antara tugasan sebelah petang ini adalah mengambil kereta sewa yang ditinggakan penyewa di kawasan tempat meletak kereta berbayar KKIA.

kereta sewa kota kinabalu sabah 2017

Kadang-kadang, ekoran kesibukan jadual penghantaran kereta sewa. Kami akan minta penyewa meninggalkan kereta di kawasan tempat meletak kereta berbayar.

Ada juga kes kehabisan bateri atau kehilangan smartphone. Jadi penyewa yang mahu pulangkan kereta tidak dapat menghubungi kami atau dihubungi.

Untuk langkah selamat, kami biasanya akan beri taklimat ringkasan cara-cara pemulangan kereta sewa semasa penyewa menerima kereta sewa. Kami juga akan whatsapp langkah-langkah apa yang perlu penyewa patuhi sebelum meninggalkan kereta dikawasan tempat meletak kereta berbayar KKIA, supaya penyewa lebuh jelas.

Selamat tak ? InsyaAllah selamat !

Kenapa kami minta letak kereta di kawasan tempat meletak kereta berbayar KKIA, bukan di Bahagian Pelepasan.

Jika penyewa meninggalkan kereta di bahagian pelepasan, kemungkinan , kereta akan disaman. Saman akan didaftarkan atas nama penyewa berdasarkan kontrak sewaan dan yang kedua, kemungkinan kehilangan kereta sewa.

Jadi untuk mengelakkan pelanggan dikenakan kos ini. Kami lebih selesa kereta diletakkan di kawasan tempat meletak kereta berbayar KKIA.

Tiket Parking siapa yang bayar? Yang ini penyewa tak perlu risau. Pihak kami akan bayarkan.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan , boleh hubungi saya, Faizul 019 481 7846 atau terus whatsapp no ini http://wasap.my/+60194817846

Untuk senarai harga kereta sewa, anda boleh lihat di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

No comments:

Post a Comment