Showing posts with label dairy farm kundasang. Show all posts
Showing posts with label dairy farm kundasang. Show all posts

20 February 2014

Desa Dairy Farm Kundasang Sabah

Desa Dairy Farm Kundasang Sabah, antara destinasi lawatan wajib setiap pelanggan kami di Sabah. Desa Dairy Farm atau dikenali juga dengan panggilan Desa Cattle Dairy Farm berkeluasan 199 hektar dan terletak di Mesilau Plateau, Kundasang. Untuk ke sini, perjalanan dari Gunung Kinabalu National Park ke Desa Dairy Farm mengambil masa kira-kira 30 minit dengan kenderaan.


Desa Dairy Farm Kundasang Sabah



Pemandangan yang indah dengan panorama padang rumput hijau yang terbentang luas berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang tersegam kukuh hingga ke puncak awan. Dengan udara gunung yang segar dan terletak pada 2100 meter di atas paras laut, Desa Dairy Farm terus menjadi antara destinasi pelancong dari dalam dan luar Sabah.


dairy farm kundasang



Ladang tenusu yang dimilik oleh Desa Cattle(Sabah) Sdn. Bhd , ini mempunyai beratus ekor lembu tenusu. Sekiranya anda tiba pada waktu yang sesuai anggaran dalam 2.00PM ke atas, anda mungkin berpeluang dapat melihat proses untuk memerah susu, yang mana bagi setiap lembu tenusu dewasa, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 14 liter susu sehari.





Untuk ke Desa Dairy Farm, anda tidak memerlukan kenderan pacuan  empat roda kerana jalan ke sini sememangnya dalam keadaan baik. Adalah memadai sekiranya anda menggunakan viva, saga atau myvi sekiranya dalam kumpulan kecil. Contoh, pelanggan ini, yang menggunakan Viva auto ke Desa Dairy Farm.





Sekiranya anda ingin menggunakan kenderaan untuk jalan-jalan di Sabah, anda boleh la hubungi kami, dan kami akan sedia membantu. Untuk keterangan lanjut mengenai harga, jenis kereta sewa dan cara kiraan , anda boleh layari www.sewakeretasabah.com. Selain itu, kami juga ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan termasuk pemandu dan pakej pelancongan di Sabah.