Showing posts with label kereta sewa murah sabah. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa murah sabah. Show all posts

01 November 2017

Majlis Konvokesyen UMS ke -19 Tahun 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tinggal lebih beberapa hari saja lagi sebelum Majlis Konvokesyen UMS ke -19 Tahun 2017 bermula, iaitu pada 18, 19 dan 20hb November 2017.


Bagi pihak kami Kereta Sewa Sabah, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Mahasiswa / Mahasiswi yang berjaya menghabiskan pengajian. Yang tak berjaya, atau extend. Teruskan usaha anda ya. InsyaAllah, anda juga pasti berjaya suatu hari nanti.

Untuk sepanjang beberapa minggu ini, pihak kami telah menerima banyak tempahan dari pelajar dan ibubapa yang membuat tempahan untuk menghadiri majlis konvekesyen ini. Ada juga yang mengambil tempahan awal dan ada juga yang melanjutkan tempoh tempahan selepas konvo semata-mata untuk bercuti bersama keluarga.

Ya, tak sah la jika datang Sabah, tak melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu, Kudat, Kundasang dan Ranau. Bagi yang ingin membuat tempahan , boleh hubungi saya, Faizul 019 481 7846 atau terus whatsapp no ini http://wasap.my/+60194817846

Untuk senarai harga kereta sewa, anda boleh lihat di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

30 September 2013

Kereta Sewa Avanza Kota Kinabalu 2013

Selepas menerima sebuah Toyota Avanza Baru pada Mei 2013, minggu lepas, 26/09/2013, kami menerima sebuah lagi kereta sewa Toyota Avanza (A) menjadikan sekarang 2 buah Avanza baru untuk disewakan di Kota Kinabalu Sabah, tahun ini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Untuk mengetahui kadar kereta sewa bagi kenderaan ini, anda boleh rujuk di sini, Harga Kereta Sewa Sabah. Bagi yang pertama kali ingin menyewa kereta sewa di Kota Kinabalu, anda boleh layari Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah untuk keterangan lanjut.


kereta sewa kk sabah



Sebarang pertanyaan atau tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah, anda boleh menghubungi saya, Faizul seperti yang tertera disebelah.


Saya juga mengalu-alukan anda untuk menggunakan perkhidmatan mobile messaging seperti WhatApp, WeChat, LINE, dan Viber, untuk sebarang pertanyaan berkenaan kereta sewa, kerana ianya lebih senang dan menjimatkan .. ^__^

17 May 2013

Kereta Sewa Sabah - Jalan Ke Kundasang

As salam, antara soalan yang biasa diajukan oleh pelanggan, antaranya, bagaimana keadaan jalan ke Kundasang Sabah, Okey ke ?. Kalau sewa kereta viva auto, boleh ke pergi ke sana ? Boleh ke naik bukit dan macam-macam lagi.


kereta sewa sabah - perjalanan ke kundasang



Untuk makluman anda, keadaan jalan raya disini, sekarang dah banyak yang dah dinaiktaraf, dan boleh dilalui oleh pelbagai saiz kenderaan tak kira, kereta besar atau kecil. Antaranya, gambar diatas dan dibawah ini, semasa saya pergi ke Kundsang bulan 1, 2013. Masa ini saya menggunakan kereta sewa Myvi auto. Perjalanan ke sana, memang okey, walaupun kadang kala, jalan agak basah. Biasa la, bulan satu, memang kerap hujan.


kereta sewa sabah - jalan ke kundasang



Perjalanan ke Kundasang, mengambil masa dalam 2 jam lebih, dengan jarak perjalanan dalam 86KM lebih. Sebelum sampai ke Kudasang, singgah dulu di Kinabalu Park. Masa disini, kami naik sampai ke tempah permulaan mendaki ke puncak Gunung kinabalu. Nak naik ke atas dengan kereta memang okey walaupun jalannya agak curam.


sewa kereta sabah - jalan ke kundasang



Selepas menikmati pemandangan di kaki Gunung Kinabalu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, dan menginap disana beberapa hari. So far, dalam perjalanan, memang tak ada jalan yang rosak atau, jalan tak bertar seperti andaian sesetengah pihak. Jadi, jangan risau la !


sewa kereta kota kinabalu - jalan ke kundasang sabah



14 May 2013

Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah

As salam, bercakap berkenaan Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah, ramai yang tak tahu, kami menyediakan kereta sewa berdasarkan sistem 24 JAM. Kalau dilihat, sistem sewaan kami nie memang berbeza sedikit dari syarikat kereta sewa yang lain, dan kami rasa ianya LEBIH ADIL kepada penyewa.


myvi auto kereta sewa sabah



Contohnya pelanggan kami menyewa pada pukul 8.00AM, maka pukul 8.00AM esoknya baru dikira satu hari. Sama juga sekiranya, penyewa menyewa mulai jam 2.30PM, maka 2.30PM esoknya baru dikira satu hari.


Untuk format pengiraan kereta sewa ini, kami hanya menyediakan sewaan kereta berdasarkan hari sahaja. Sekiranya ada yang melebihi 5 jam, itu akan dikira sebagai 1 hari. Contohnya, penyewa menyewa kereta sewa Saga Auto (kategori B) di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Januari, jam 8.00AM dan akan pulangkan pada 2 Januari, 9.00PM. Maka itu akan dikira, 2 hari.


Sekiranya penyewa memulangkan kereta pada pukul pada 2 Januari, 1.00pm, kami hanya akan kenakan caj tambahan sebanyak RM 15 / jam iaitu, RM 15 x 5 jam = RM 75 .


Kami harap pelanggan dapat mengurus masa percutian mereka dengan baik dan seterusnya dapat meminimumkan jumlah Harga Kereta Sewa yang perlu dibayar.


Sekiranya anda ingin menyewa dengan syarikat kami, sila hubungi saya, Faizul seperti nombor yang tertera disebelah. Selain dari Call atau SMS, kami juga mengalakkan anda untuk menggunakan perkhidmatan mobile messaging seperti WhatApp, ketika berurusan.