Seperti biasa pada hujung tahun @ musim cuti sekolah. Ramai yang akan bercuti bersama keluarga. Kalau yang selalu bercuti, mesti pernah menempah hotel secara online menerusi Agoda , Booking.com, Expedia dan banyak lagi kan !
Tak pun menempah penerbangan menerusi Malaysia Airline, Malindo, AirasiaGo, dan lain-lain lagi.
Haah, tahukah anda, dengan membuat tempahan menerusi Shopback.com. Anda boleh mendapat cashback sehingga 6%.
ShopBack merupakan satu aplikasi perkhidmatan yang memudahkan para pengguna untuk mendapatkan kembali sebahagian wang yang telah dibelanjakan secara pembelian atas talian. Ini bermaksud, sebarang pembelian yang anda buat, anda akan dapat pulangan tunai semula apabila menggunakan ShopBack.
Bagaimana caranya.
Mudah sahaja, hanya perlu klik ShopBack.
Selepas itu, anda boleh klik daftar akaun (sign up) @ lebih mudah lagi terus login menerusi akaun Facebook.
Jika anda mendaftar baru, sila activatekan link yang dihantar ke email anda.
Jika anda mendaftar dengan akaun Facebook, anda akan terus dibawa masuk ke website Shopback.
Disini ada banyak store, seperti Lazada , Zalora, 11street dan banyak lagi.
So, pilih je store apa yang anda inginkan.
Contoh anda ingin menempah hotel menerusi Agoda.
Terus klik icon Agoda, akan terpapar beberapa makluman terkini berkenaan promosi Agoda.
Klik Shop Now .
Nah, sekarang akan boleh tempah hotel menerusi Agoda.
Bagaimana anda akan dapat Pulangan Tunai?
Apabila anda telah selesai membuat pembelian, satu email pemberitahuan "Your latest Transaction" akan dihantar ke email anda, untuk makluman berapa pulangan tunai yang anda perolehi.
Oh ya, jangan lupa untuk update profile anda ya. Masukkan butiran anda, nama dan no akaun bank. Senang nak request payout.