19 December 2013

Masalah Kereta Sewa Sabah

Masalah Kereta Sewa Sabah, kereta sewa rosak ditengah jalan, minyak kereta habis, masalah tayar, engin kereta tak boleh start dan pelbagai lagi masalah yang pernah dialami oleh customer syarikat kami. Contoh terbaru, masalah tayar, dan customer risau sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Ya .. kami aku akui .. ini antara kesilapan kami dan sebaik sahaja .. customer membuat aduan. Kami terus membuat pertukaran dengan kenderaan baru. Kebetulan pula .. customer baru sahaja sampai ke Kota Kinabalu selepas semalaman di Kundasang dan seterusnya akan bergerak ke Bandar Papar.


Selain kes ini, pernah juga terjadi, kereta yang disewa tak boleh "start" ketika melalui kawasan berbukit untuk ke Kundasang. Ketika itu waktu malam, dan customer bertiga bersama anak mereka yang masih kecil. Selepas menerima panggilan dari customer, malam itu juga, staf kami ke lokasi untuk tukar kenderaan.


Inilah antara situasi masalah yang pernah dihadapi oleh kami sepanjang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Kami akui sepanjang perkhidmatan kami, memang ada kesilapan yang kami lakukan, namun .. insyaAllah .. kami akan cuba berikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada anda , selaras dengan slogan kami, " Keselesaan anda, keutamaan kami".

No comments:

Post a Comment