23 May 2014

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Bagi pelanggan yang pertama kali ingin datang ke Desa Cattle Dairy Farm Kundasang, mereka kadangkala risau, dan sering bertanya kepada kami, adakah kalau menggunakan kenderaan kecil seperti Perodua Viva (a /m ) boleh sampai ke kawasan ini. Adakah jalan ke sini, bertar dan sebagainya. Ya, jalan raya ke sini memang dalam keadaan baik, walaupun ianya berbukit. Dengan kenderaan kecil seperti Perodua Viva (a /m) juga boleh sampai Kundasang dan Ranau, dan tempat-tempat menarik di sana.



desa cattle dairy farm kundasang



Dari persimpangan jalan ke dalam kawasan Desa Dairy Farm Kundasang Sabah, anda akan melalui kawasan berbatu sedikit dalam 1 KM. dari sini anda akan nampak permandangan keseluruhan kawasan tersebut. Oh ya, kalau nak nampak pemandangan cantik, seelok-eloknya datang pada waktu petang, 2PM - 5PM. Pada masa ini, kurang berawan sedikit, dan nasib kami baik, dapat menyaksikan pemandangan Gunung Kinabalu yang sungguh cantik.


desa dairy farm kundasang,



Pada ketika ini, kalau anda bernasib baik, akan dapat melihat proses memerah susu juga. Lembu di sini pun macam dah tau-tau, waktu ini kena perah susu, dan siap berbaris seekor demi seekor. Tak silap aku, susu disini akan diproses dan diedarkan disekitar Kundasang & Ranau sahaja. Kalau anda bernasib baik juga, disini juga ada dijual susu segar, tapi masa kami berada disini, susu segar dah habis. Dapat rasa aiskrim yang diperbuat daripada susu segar sahaja.


desa farm kundasang



Disekitar sini juga, pelawat-pelawat dibenarkan untuk mengambil gambar. Tak ada had limit. Anda boleh mengambil gambar berapa lama anda suka. Kalau nak ambil dari pagi sampai petang pun boleh .. ^__^


desa cattle dairy farm kundasang



No comments:

Post a Comment