Showing posts with label mount kinabalu. Show all posts
Showing posts with label mount kinabalu. Show all posts

19 May 2014

Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah

Selain Desa Dairy Farm Kundasang Sabah, Antara destinasi menarik yang sentiasa dikunjungi oleh pelanggan Sewa Kereta Sabah kami ketika ini adalah Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah. Tempat ini memang terkenal dengan SPA ikan (fish SPA) semulajadi, kerana terdapatnya beratus-ratus ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli. Dari apa yang diberitahu oleh petugas disini, ikan kelah disini adalah jenis Ikan Kelah Garap ataupun Tortombroides. Selain kelah, ketika kami disini, turut kelihatan beberapa ekor ikan keli jinak yang timbul dipermukaan air cetek.


car rental sabah-kg luanti fish spa



Untuk masuk ke kawasan ini, pengunjung dikenakan banyaran sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. untuk warganegara asing pula, bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan. Setiap pengunjung diberikan masa selama 15 minit untuk berendam kaki. Untuk menarik perhatian ikan, saya syorkan anda beli makanan ikan kelah yang dijual disitu. Hanya RM1 untuk satu paket kecil.


sewa kereta sabah-luanti fish spa



Untuk masuk ke sungai, ada beberapa peratutan yang anda perlu ikut. Antaranya, dilarang membuang sampah, dilarang mengangkat ikan, melontar baru ke dalam sungai ataupun mencederakan ikan. Sebab itu, “Tagal” dalam dialek Kadazan Dusun, bermaksud dilarang memancing, menangkap segala hidupan air di sungai ini, ataupun mencemarkan sungai. Ini adalah bertujuan untuk memelihara ekosistem alam sekitar untuk generasi masa depan.


kereta sewa sabah-tagal fish spa



Sambil beri makanan kepada ikan, anda akan berasa gigitan ikan kecil-kecil pada kaki anda. Memang seronok, rasa geli pun ada. Ikan disini pun pandai, campak je makanan ikan dalam sungai, berderu datang sampaikan nak jalan pun susah takut terpijak ikan.


sewa kereta sabah-fish spa sabah



Ni masa dah habis makanan ikan. Dah tinggal sikit, yang lain berkerumun pada pengunjung yang baru datang. Ye la .. nak makanan baru ..


kereta sewa sabah-kg luanti


Untuk yang baru nak datang ke sini, anda boleh lihat lokasi dibawah