As salam, antara soalan yang biasa diajukan oleh pelanggan, antaranya, bagaimana keadaan jalan ke Kundasang Sabah, Okey ke ?. Kalau sewa kereta viva auto, boleh ke pergi ke sana ? Boleh ke naik bukit dan macam-macam lagi.
Untuk makluman anda, keadaan jalan raya disini, sekarang dah banyak yang dah dinaiktaraf, dan boleh dilalui oleh pelbagai saiz kenderaan tak kira, kereta besar atau kecil. Antaranya, gambar diatas dan dibawah ini, semasa saya pergi ke Kundsang bulan 1, 2013. Masa ini saya menggunakan kereta sewa Myvi auto. Perjalanan ke sana, memang okey, walaupun kadang kala, jalan agak basah. Biasa la, bulan satu, memang kerap hujan.
Perjalanan ke Kundasang, mengambil masa dalam 2 jam lebih, dengan jarak perjalanan dalam 86KM lebih. Sebelum sampai ke Kudasang, singgah dulu di Kinabalu Park. Masa disini, kami naik sampai ke tempah permulaan mendaki ke puncak Gunung kinabalu. Nak naik ke atas dengan kereta memang okey walaupun jalannya agak curam.
Selepas menikmati pemandangan di kaki Gunung Kinabalu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, dan menginap disana beberapa hari. So far, dalam perjalanan, memang tak ada jalan yang rosak atau, jalan tak bertar seperti andaian sesetengah pihak. Jadi, jangan risau la !
Home > Posts filed under sewa kereta sabah murah
Showing posts with label sewa kereta sabah murah. Show all posts
Showing posts with label sewa kereta sabah murah. Show all posts
17 May 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)