Showing posts with label kereta untuk sewa. Show all posts
Showing posts with label kereta untuk sewa. Show all posts

09 July 2013

Penerbangan Delay, Apa Perlu Anda Lakukan

Pengalaman menunggu penumpang kereta sewa, di airport Kota Kinabalu, Sabah, memang banyak ! Antaranya, penyewa yang lambat sampai disebabkan penerbangan ditangguhkan (delay). Kalau 10-20 minit, tak apa lagi. Nie kadang-kadang, boleh hingga 2-3 jam. Ada tu, yang tak sampai-sampai pun ada, sebab tertinggal kapal terbang dan hal-hal lain.


kereta sewa sabah airport kota kinabalu



Bagi penyewa kereta sewa, perkara seperti ini, mungkin adalah perkara biasa, akan tetapi bagi runner atau kami yang menunggu ketibaan penyewa, ianya memang satu pekerjaan yang memenatkan. Bayangkan la, menunggu dua tiga jam di airport. Lepas tu nak kejar trip lain lagi. Jadi banyak masa terbuang kat situ sahaja. Disebabkan kelewatan seperti itu, banyak rancangan tergendala dan lari dari jadual yang ditetapkan.


Sebab itu la, kami memohon kepada penyewa, sekiranya anda tak jadi nak sewa kereta, ataupun mengalami situasi "penerbangan delay", sila maklumkan kami dengan segera supaya kami dapat menjadualkan semula penghantaran kereta sewa yang anda tempah.

05 July 2013

Kereta Sewa Sabah - Myvi Auto

Dua tiga minggu lepas, kami menerima sebuah lagi Myvi auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa di Sabah yang mula disewakan mulai bulan Jun 2013. Alhamdulillah, dengan Myvi ini dan sebuah lagi Saga FLX yang akan keluar sebelum raya, insyaAllah akan dapat menampung pemintaan kereta sewa yang makin bertambah setiap minggu.


kereta sewa sabah kk myvi



Kami lebih menggalakkan anda untuk membuat tempahan lebih awal, memandangkan ramai yang yang tak dapat kereta disaat-saat akhir. Oleh itu, kami berharap anda dapat Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang !


kereta sewa sabah kk myvi 2013



Untuk tempahan, pertanyaan dan rundingan harga berkenaan kereta sewa Myvi auto ini atau kenderaan lain, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 0194817846.


22 May 2013

Cara Tempah Kereta Sewa Sabah

Semenjak update dan kemaskini format untuk tempahan kereta sewa pada entry Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah, saya lihat, dah ada beberapa pelanggan yang dah menggunakannya.


harga kereta sewa sabah

Contoh seperti berikut:

Azmi 0194511251 780112045123 AirAsia 24/5/13, 4.50pm - 27/5/13, 5.10pm Myvi auto dan SMS ke 0194817846.


Pada mulanya, tujuan saya buat begini, adalah untuk memudahkan saya mengira jumlah kos yang perlu dibayar oleh pelanggan, selain menjimat kos untuk SMS atau call, ketika berurusan dengan pelanggan. Tak perlu la nak tanya 2-3 kali SMS, baru dapat butiran sebenar.


Kalau dah dapat maklumat seperti diatas, saya dah boleh nampak, pelanggan tersebut nak sewa bila, berapa lama dan kereta apa yang diperlukan. Jadi saya boleh semak terus samada kereta tersebut masih available atau tak pada masa tersebut.


Selepas tu, kalau nak minta diskaun atau kurangkan harga sewa kereta, mungkin boleh, tapi kena bincang dulu la. Biasanya, diskaun hanya diberikan untuk pelanggan yang menyewa lebih dari 7 hari ke atas. Kalau yang 1-6 hari nie, selalunya saya letak harga pasaran, seperti yang anda lihat pada link Harga Kereta Sewa diatas, namun masih boleh lagi "dibincang".


Kata orang, kalau tak bertanya, sesat jalan, jadi apa-apa pun, SMS dulu butiran diatas, insyaAllah, saya akan berikan kadar sewa kereta berpatutan untuk anda.


Oh ya, untuk makluman anda juga, jumlah harga untuk sewa kereta sudah include penghantaran kereta sewa ke airport, caj untuk service kereta dan lain-lain lagi, yang mana saya fikirkan perlu, untuk memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, boleh digunakan, dan selesa untuk kegunaan anda dan pelanggan-pelanggan seterusnya.