Showing posts with label perkhidmatan kereta sewa. Show all posts
Showing posts with label perkhidmatan kereta sewa. Show all posts

22 May 2013

Cara Tempah Kereta Sewa Sabah

Semenjak update dan kemaskini format untuk tempahan kereta sewa pada entry Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah, saya lihat, dah ada beberapa pelanggan yang dah menggunakannya.


harga kereta sewa sabah

Contoh seperti berikut:

Azmi 0194511251 780112045123 AirAsia 24/5/13, 4.50pm - 27/5/13, 5.10pm Myvi auto dan SMS ke 0194817846.


Pada mulanya, tujuan saya buat begini, adalah untuk memudahkan saya mengira jumlah kos yang perlu dibayar oleh pelanggan, selain menjimat kos untuk SMS atau call, ketika berurusan dengan pelanggan. Tak perlu la nak tanya 2-3 kali SMS, baru dapat butiran sebenar.


Kalau dah dapat maklumat seperti diatas, saya dah boleh nampak, pelanggan tersebut nak sewa bila, berapa lama dan kereta apa yang diperlukan. Jadi saya boleh semak terus samada kereta tersebut masih available atau tak pada masa tersebut.


Selepas tu, kalau nak minta diskaun atau kurangkan harga sewa kereta, mungkin boleh, tapi kena bincang dulu la. Biasanya, diskaun hanya diberikan untuk pelanggan yang menyewa lebih dari 7 hari ke atas. Kalau yang 1-6 hari nie, selalunya saya letak harga pasaran, seperti yang anda lihat pada link Harga Kereta Sewa diatas, namun masih boleh lagi "dibincang".


Kata orang, kalau tak bertanya, sesat jalan, jadi apa-apa pun, SMS dulu butiran diatas, insyaAllah, saya akan berikan kadar sewa kereta berpatutan untuk anda.


Oh ya, untuk makluman anda juga, jumlah harga untuk sewa kereta sudah include penghantaran kereta sewa ke airport, caj untuk service kereta dan lain-lain lagi, yang mana saya fikirkan perlu, untuk memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, boleh digunakan, dan selesa untuk kegunaan anda dan pelanggan-pelanggan seterusnya.